Banglo 289 rai ‘triple celebration’ dengan pembukaan cawangan baharu di IOI City Mall Putrajaya

PUTRAJAYA: Restoran Banglo 289, jenama masakan kampung autentik dengan tagline “Masakan Kampung, Chara Orang Dulu-Dulu” meraikan tiga detik penuh bermakna, serentak dengan pembukaan rasmi cawangan ketiga di IOI City Mall Putrajaya.

Pembukaan ini bukan sahaja menandakan kejayaan pengembangan perniagaan Banglo 289 selepas memiliki dua cawangan di Kuala Lumpur, malah bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 serta ulang tahun ketiga penubuhan Banglo 289 sejak pembukaan sulung di Jalan Raja Chulan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Shareen Sukri bersama Ketua Pegawai Operasi, Ain Razali melayan tetamu pada Majlis Pembukaan Cawangan Ke-3 Restoren Banglo289 di Pusat Membeli-belah IOI City Mall Putrajaya, di sini, hari ini.

“Pembukaan ini (di Putrajaya) bukan sekadar menambah cawangan baharu. Ia adalah usaha kami menawarkan pengalaman menikmati masakan kampung yang sebenar pada harga setara makanan di restoran segera — tetapi tanpa kompromi dari segi kesegaran, kualiti dan rasa,” kata Shareen Farzida Sukri, Ketua Pegawai Eksekutif Infra Alfa Sdn Bhd, pemilik jenama Banglo 289.

Antara menu ikonik Banglo 289 ialah daging salai masak lemak cili api, ikan patin masak tempoyak, pelbagai jenis asam pedas, ulam ulaman, kuih muih serta lebih 50 jenis lauk kampung yang dimasak segar setiap hari.

“Keunikan Banglo 289 terletak pada komitmen terhadap keaslian. Semua bahan dan ramuan memasak yang asli dan segar dari pasar setiap pagi. Malah daging salai yang menjadi kegemaran pelanggan juga disalai sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif, Shareen Sukri melayan tetamu yang menjamu selera pada Majlis Pembukaan Cawangan Ke-3 Restoren Banglo289 di Pusat Membeli-belah IOI City Mall Putrajaya, di sini, hari ini.

“Setiap hidangan dimasak dalam kuantiti yang kecil secara berperingkat supaya pelanggan menikmati makanan yang panas terus dari dapur, bukan dipanaskan semula,” jelas Ketua Pegawai Operasi, Ain Razali.

Terletak di lokasi strategik yang menjadi tumpuan komuniti Putrajaya, Bangi, Kajang dan sekitarnya, IOI City Mall Putrajaya dijangka memperkukuh kedudukan Banglo 289 sebagai destinasi pilihan keluarga untuk menikmati masakan kampung berkualiti dalam suasana moden dan mesra pelanggan.

“Triple celebration ini — pembukaan cawangan baharu, sambutan merdeka dan ulang tahun ketiga — adalah tanda penghargaan kami buat semua pelanggan yang setia bersama Banglo 289,” tambah Shareen.

Ketua Pegawai Eksekutif, Shareen Sukri pada Majlis Pembukaan Cawangan Ke-3 Restoren Banglo289 di Pusat Membeli-belah IOI City Mall Putrajaya, di sini, hari ini.

Dengan pengembangan ini, Banglo 289 mengukuhkan lagi jenamanya sebagai destinasi utama untuk pecinta masakan kampung autentik di Malaysia.

Mengenai Banglo 289

Ditubuhkan pada tahun 2022, Banglo 289 ialah jenama restoran tempatan yang komited untuk mengekalkan tradisi masakan kampung.

Dimiliki dan diuruskan oleh Infra Alfa Sdn Bhd, Banglo 289 menampilkan tagline “Masakan Kampung, Chara Orang Dulu-Dulu”. Setiap hidangan dimasak segar setiap hari tanpa menggunakan bahan diproses.

Menyajikan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam dalam suasana santai berkonsepkan Melayu moden, Banglo 289 telah berkembang daripada cawangan pertamanya di Jalan Raja Chulan ke Elmina Lakeside Mall dan kini di IOI City Mall, Putrajaya.

Jenama ini terus menyajikan masakan kampung asli yang membangkitkan nostalgia, kesegaran serta semangat kebersamaan dalam landskap kulinari masa kini. – Majestic

More From Author

3 maut, Dewan Perwakilan Rakyat Makassar dibakar

Banglo 289 sasar pertumbuhan hasil jualan sehingga 25 peratus tahun ini