Hayati semangat kemerdekaan demi melakar masa depan

JOHOR BAHRU: Semangat kemerdekaan seharusnya menjadi pedoman kepada kita semua dalam membina masa depan yang lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Anuar Abdul Ghani berkata semangat itu seharusnya dibugarkan pada setiap masa agar ia tidak tenggelam dalam kesibukan membina masa hadapan.

“Mencapai kemerdekaan itu bukanlah sesuatu yang mudah dan mengisi kemerdekaan negara juga perlu ditekuni dengan sebaik mungkin supaya kita tidak mengulangi kesilapan lampau,” katanya ketika melancarkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang di Ibu Pejabat Ranhill SAJ di sini, hari ini.

Operator tunggal air Johor itu turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada kakitangan serta agensinya di setiap daerah di negeri itu. – Majestic

More From Author

Ular sawa 80kg jatuh dari siling bilik

Peletakan jawatan Joehari terus misteri