Suami guru pusat jagaan didakwa amang seksual kanak-kanak

TEMERLOH: Seorang lelaki berusia 33 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Temerloh, di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sebuah pusat jagaan anak yatim di daerah ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, tertuduh adalah suami kepada seorang guru yang mengajar di pusat jagaan berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Zaffar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Mahkamah Sesyen, Jamaludin Mat, tidak membenarkan sebarang jaminan ditawarkan memandangkan kes itu membabitkan kesalahan serius terhadap kanak-kanak.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh juga disahkan tiada rekod lampau sebelum ini. – BH

More From Author

220kg syabu bernilai RM7 juta ditemui dalam kereta terbabit kemalangan

myBurgerLab pecat COO buat komen isu denda solat Jumaat