Pemain warisan Malaysia cemerlang julang Alaves

KUALA LUMPUR: Pemain warisan Harimau Malaya, Facundo Garces bermula cemerlang dalam saingan La Liga musim ini apabila membantu Deportivo Alaves menewaskan Levante 2-1, awal pagi tadi.

Pada aksi pembukaan saingan utama liga Sepanyol itu, Garces yang bermain di bahagian pertahanan tengah diletakkan dalam kesebelasan utama dan beraksi penuh dalam perlawanan berkenaan.

Penyerang Deportivo Alaves, Toni Martinez membuka tirai jaringan pada minit ke-36 sebelum Jeremy Toljan meledak gol penyamaan buat Levante pada minit ke-68.

Pemain pertahanan, Nahuel Tenaglia kemudian muncul wira Deportivo Alaves apabila menyumbang gol kemenangan pasukannya pada masa kecederaan.

Kejayaan Deportivo Alaves itu turut mendapat perhatian sebahagian peminat bola sepak tanah air yang mengikuti perkembangan Garces di La Liga.

Garces membuat penampilan pertama secara rasmi bersama Harimau Malaya ketika membantu skuad negara membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 10 Jun lalu. – BH

More From Author

Tunku Mahkota Ismail ‘tulang belakang’ Arif Aiman

Wanita dilanggar pemandu disyaki mabuk, meninggal dunia selepas 7 hari kritikal di ICU