Tangki bahan kimia ‘terjun’ laut

ISKANDAR PUTERI: Sebuah tangki yang mengandungi bahan kimia ‘propoline glycol’ terjatuh ke dalam laut dari jambatan Lebuhraya Laluan Kedua (LinKedua), petang tadi apabila treler yang membawanya terlibat dalam kemalangan.

Kemalangan yang membabitkan dua treler itu pada pukul 5.41 petang tadi.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Penguasa Bomba Kanan 1, Nurmala Sideli memaklumkan pasukannya tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.57 petang dengan kekuatan anggota tujuh anggota.

“Salah satu muatan treler (tangki) telah jatuh dari jambatan Lebuhraya LinKedua ke dalam laut. Operasi sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Walau bagaimanapun, pemandu treler itu tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Dr. Mohd. Famey Yusoff mengesahkan pihaknya maklum tentang kejadian itu.

“Setakat ini, JAS belum dapat maklumat lengkap lagi,” katanya ringkas. – Majestic

More From Author

SARA RM100: Ganti MyKad lebih 10 tahun, cip berisiko gagal dibaca – JPN

10 anggota polis dihukum tekan tubi gara-gara main judi online