PUTRAJAYA: Masih terlalu awal untuk membuat keputusan berhubung pencalonan Nick Adams sebagai Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menegaskan, kerajaan bagaimanapun akan membuat pertimbangan sewajarnya berhubung perkara itu.
“Soal Nick Adams, itu kita ikut proses, masih terlalu awal (untuk buat sebarang keputusan).
“Kerajaan tentunya akan memberikan pertimbangan dan dalam keadaan yang sama, (menjaga) hubungan baik antara Malaysia dan Amerika Syarikat,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Istiqlal, Presint 14, hari ini. – BH
