Mohd Azam dilantik sebahagai Ketua Pengarah Pendidikan baharu

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembanganunan Profesionalisme), Dr Mohd Azam Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan baharu berkuat kuasa, Isnin ini.

Lepasan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Strategik Komunikasi dari Universiti Malaya (UM) itu bakal menggantikan penyandangnya, Datuk Azman Adnan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan pelantikan itu selari hasrat memartabatkan pendidikan berlandaskan nilai MADANI.

“Dengan pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang pendidikan serta kompetensi tinggi dimiliki Mohd Azam, saya yakin beliau mampu memperkasa sistem pendidikan negara ke arah lebih cemerlang.

“Pelantikan ini juga demi kemajuan negara dan kemenjadian anak Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain memiliki PhD dari UM, Mohd Azam berkelulusan Ijazah Sarjana Linguistik Wacana serta Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu, masing-masing universiti sama.

Beliau memulakan khidmat dalam sektor awam sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan, pada 1 Mac 1989. – Majestic

More From Author

Tempoh tahanan Eda Ezrin, suami, empat rakan dilanjut hingga 6 Ogos

Mayat lelaki ditinggal di HSA, polis siasat insiden tembak di stesen minyak