Warga emas ditemui lemas, selipar jadi petunjuk

KLUANG: Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas di Sungai Benut berhampiran Kampung Kolam Air di Simpang Renggam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sebelum itu Lee Wan Leong, 43, dilaporkan hilang oleh anak saudaranya selepas menemukan selipar dan kereta mangsa ditepi sungai tersebut di pada pukul 2 petang.

“Bapa saudaranya sebelum itu telah keluar dari rumah pada pukul 1.40 petang tanpa memaklumkan arah tujuannya.

“Pengadu kemudiannya mendapatkan bantuan Pasukan Bomba dan Menyelamat Renggam dan hasil pencarian kemudiannya menemui mangsa berhampiran selipar dan kereta yang ditinggalkan di dasar sungai namun disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan I Abd. Rahim berkata, seramai enam anggota dibantu dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Operasi menyelamat menggunakan grappling iron dari tebing. Mangsa berjaya ditemui sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis. Operasi selesai pukul 4.20 petang,” katanya dalam kenyataan. – MAJESTIC

More From Author

Lesen Network School dibatalkan, aktiviti dihentikan esok – MB

10 ADUN dilantik Timbalan Exco Negeri Johor