JOHOR BAHRU: Kolej Universiti YPJ (KUYPJ) meraih kejayaan cemerlang dalam World Chef Championship, baru-baru ini.
KUYPJ yang diwakili pasukan Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan memenangi pingat dalam 57 kategori dalam pertandingan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada pada 21 hingga 23 Mei lalu.
Mereka meraih satu pingat Outstanding Chef, 7 Excellent Gold, 15 Gold, 24 Silver, 11 Bronze.
World Chef Championship 2026 merupakan kejohanan kulinari bertaraf antarabangsa yang dianjurkan bersama agenda Visit Johor 2026 serta mendapat pengiktirafan Worldchefs, sekali gus menghimpunkan peserta dan penggiat industri kulinari dari pelbagai negara. – MAJESTIC
