Ejen insurana didakwa cederakan anak 11 tahun

JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya berusia 11 tahun, bulan lepas.

Walau bagaimanapun, tertuduh, Ng Cha Yee, 33, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Zamir Suhaimee.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita didakwa mendatangkan kecederaan fizikal ke atas anak tunggalnya di kawasan tangga di Blok A, Permas City, Bandar Baru Permas Jaya pada 24 f

Februari lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun penjara atau denda tidak melebihi rm50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya, R. Nevina manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohd. Azlan Shah Mohd. Alias dan Jason Nazrin Tan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 dengan seorang, melaporkan diri di balai polis berdekatan sebelum sekali, menyerahkan pasport kepada mahkmah dan dilarang mengganggu mangsa dan saksi sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 13 april depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – MAJESTIC

More From Author

10 penumpang cedera, tersepit , bas ekspres terbalik

Kebanggaan, JDT cipta sejarah