JOHOR BAHRU: Dua mangsa dewasa yang dipercayai dibunuh dan dibakar bersama-sama empat beradik di Kangkar Pulai awal bulan lalu mempunyai hubungan sebagai rakan.
Perkara itu disahkan ketua polis johor, datuk ab. rahaman arsad.
beliau memaklumkan, setakat ini hanya dua suspek ditahan dan didakwa di Mahkamah amajistret Johor Bahru hari ini.
“setakat ini tidak ada tangkapan lain. setakat ini hanya dua orang itu sahaja kita dapat arahan untuk dituduh. setakat ini tiada tangkapan baru. motif, saya tidak akan dedahkan, biar didedahkan di mahkamah nanti. hubungan dua mangsa sebagai rakan, mereka kawan.” katanya
Beliau ditemui selepas menghadiri majlis serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Johor antara Deputi Komisioner Polis, Abdul Latif Mehat dan Asisten Komisioner Kanan Polis, Hoo Chuan Huat di Ibu pejabat Polis Kontijen Johor,hari ini.
Ab. Rahaman turut memaklumkan pihaknya sedang melengkapkan laporan kimia, perubatan dan forensik berkaitan kes tersebut.
Laporan forensik kes itu dijangka diperoleh dalam tempoh satu hingga dua bulan.
Semalam beliau memaklumkan dua lelaki berusia tiga puluh dua tahun dan tiga puluh enam tahun ditahan susulan penemuan rangka enam individu termasuk lima sekeluarga dalam sebuah rumah yang musnah terbakar di kebun kelapa sawit di kangkar pulai, johor bahru awal bulan lalu.
Kedua-dua lelaki itu didakwa di mahkamah majistret johor bahru hari ini.
