Kami Cuba Bufet Ramadan Banglo 289 2026 — Menu Rare, Rasa Kampung & Antara Yang Paling Berbaloi Di KL

Kalau anda ingat bufet Ramadan cuma tentang lauk banyak dan meja panjang, pengalaman berbuka di Banglo 289 mungkin buat anda ubah fikiran. Tahun 2026, restoran ini kembali dengan konsep kampung autentik, menu rare dan harga yang surprisingly berbaloi.

Setiap tahun, Lembah Klang dibanjiri pelbagai bufet Ramadan — dari hotel mewah hingga restoran hipster. Tapi jujurnya, tak banyak yang benar-benar beri pengalaman berbeza. Baru-baru ini, kami dijemput ke sesi previu Bufet Ramadan 2026 Banglo 289, dan tanpa berfikir panjang, ini antara bufet yang buat kami berhenti scroll telefon dan fokus makan.

First Look: Vibe Kampung Di Tengah Bandar

Terletak di Jalan Raja Chulan, Banglo 289 menampilkan suasana rumah Melayu moden yang tenang dan selesa. Dari dekorasi kayu, susun atur ruang hingga aroma masakan yang menyambut dari pintu masuk, tempat ini terus beri rasa “balik kampung” — walaupun anda sebenarnya masih di tengah Kuala Lumpur.

Tema tahun ini, *“Traditional Kampung Dishes with Soul and Journey”*, bukan sekadar ayat manis untuk poster. Ia diterjemahkan dengan jelas melalui konsep masakan yang mengekalkan resipi lama, teknik orang dulu-dulu dan penggunaan bahan segar tanpa jalan pintas.

Menu Rare Yang Buat Kami Double Take

Kalau anda foodie tegar, bahagian ini mungkin paling menarik. Antara sebab utama Bufet Ramadan Banglo 289 sering jadi perbualan setiap tahun ialah menu rare mereka.

Highlight utama sudah tentu daging rusa, yang kembali untuk tahun ketiga berturut-turut sebagai menu signature. Teksturnya lembut, tidak berbau dan dimasak dengan penuh rasa — bukan sekadar gimik.

Selain itu, Banglo 289 juga membawa masuk ikan sungai ‘rare’ dari Pahang seperti ikan jelawat, krai, patin dan baung. Ini bukan ikan yang anda jumpa di setiap bufet, apatah lagi dalam keadaan segar dan dimasak secara tradisional.

Untuk pencinta makanan laut, kehadiran udang mantis, udang galah dan mentarang segar menjadikan pengalaman berbuka terasa lebih premium. Ini jenis hidangan yang biasanya hanya muncul di restoran khusus atau majlis tertentu — bukan bufet harian.

Lauk Kampung Yang Betul-Betul ‘Comfort Food’

Selain menu eksklusif, Banglo 289 turut menyajikan pelbagai hidangan klasik Melayu seperti masak lemak, asam pedas, lauk panggang berempah, sambal tradisional dan ulam-ulaman segar. Semuanya dimasak dengan rasa seimbang — tak terlalu pedas, tak terlalu berminyak — sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Kami perasan satu perkara: walaupun pilihan banyak, rasa setiap lauk konsisten. Ini penting, terutama untuk bufet berskala besar.

Bahagian pencuci mulut pula menampilkan kuih-muih tradisional yang membangkitkan nostalgia — jenis kuih yang buat anda spontan ambil “satu lagi” walaupun perut sudah penuh.

 Harga Early Bird Yang Masuk Akal

Untuk Ramadan 2026, Banglo 289 menawarkan diskaun early bird sehingga 20%, dengan harga bermula serendah RM95 seorang. Dengan variasi menu rare, bahan premium dan suasana selesa, harga ini boleh dianggap antara yang paling berbaloi dalam kategori bufet Ramadan restoran standalone di KL.

Ia juga sesuai untuk iftar keluarga besar, gathering rakan pejabat atau corporate berbuka tanpa rasa terlalu formal atau terlalu santai.

 Tiga Lokasi, Satu Konsep

Selain Jalan Raja Chulan, Bufet Ramadan Banglo 289 turut ditawarkan di: Elmina Lakeside Mall, Shah Alam, IOI City Mall, Putrajaya

Ini memudahkan pengunjung memilih lokasi paling dekat tanpa perlu kompromi dari segi menu dan konsep.

Apa kata Majestic

Kalau anda jenis yang suka cuba sesuatu berbeza setiap Ramadan, Banglo 289 memang layak masuk dalam senarai wajib cuba. Ia bukan bufet yang cuba jadi mewah berlebihan, tetapi fokus pada rasa, nostalgia dan pengalaman makan yang jujur.

Untuk kami, ini adalah bufet Ramadan yang sesuai untuk mereka yang rindukan masakan kampung sebenar — tanpa perlu balik kampung terlalu awal. – Majestic

More From Author

Nelayan Kampung Pok, Tanjung Adang Serah Memorandum Kekalkan Jeti Sedia Ada

Tertekan pedal minyak, rempuh wanita, dua anak