Gadis maut kereta terbabas masuk sungai

TANGKAK: Seorang wanita maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas terjunam ke dalam sungai di Pusat Rekreasi Tanjung Agas, di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan I Jahairi Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 3.48 petang yang jaraknya dua kilometer.

“Susulan itu seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina yang terbabas dalam sungai. Terdapat seorang wanita berusia 20-an terperangkap dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mangsa kemudian berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat tamat pukul 4.40 petang.- Majestic

More From Author

Ibu tunggal kesal anak autisme dihalang ke sekolah

Pegawai AKPS BSI ditahan terlibat pasport terbang