Sharifah Rose , Ezzrin Loy tidak lagi serapat dulu

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pempengaruh, Sharifah Rose, 27, mengakui hubungannya dengan pelakon, Ezzrin Loy, kini tidak lagi serapat dahulu.

Menurut Sharifah Rose, dia tidak mempunyai sebarang cerita manis untuk dikongsikan mengenai hubungan peribadi, sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan terhadap perjalanan karier seninya.

“Sebelum ini saya memang tak pernah ‘declare’ apa-apa mengenai hubungan kami, jadi memang kami berkawan saja.

“Cuma sekarang dia pun sibuk dengan kerja, saya pun sama, jadi kami dah jarang bercakap. Memang dah tak serapat dulu,” katanya kepada ditemui pada sesi fotografi drama terbaharunya, Doa Yang Terlindung, yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

Bagaimanapun, jelasnya, hubungan antara mereka masih dalam keadaan baik walaupun tidak lagi akrab seperti sebelum ini.

“Saya kadang-kadang jumpa juga dia di acara, jumpa kakak dia, Elfira Loy. Jadi hubungan itu masih baik, cuma tak rapat seperti dulu,” katanya.

Pada Februari lalu, Sharifah Rose pernah berkongsi bahawa dia dan Ezzrin sudah berkawan selama tiga tahun serta saling mengenali hati budi, malah hubungan itu turut diketahui keluarga.

Dalam temu bual sama, pelakon yang mula menempa nama menerusi drama turut menyasarkan untuk mendirikan rumah tangga sebelum usia 30 tahun.

Namun, pelakon jelita itu mengakui kini mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya terlebih dahulu.

“Saya rasa setiap perempuan memang mengimpikan untuk berkahwin sebelum 30 tahun. Saya pun dah 27 tahun, tapi mungkin belum jumpa yang benar-benar serasi. Doakanlah saya,” katanya.

Sharifah Rose turut berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya, yang disifatkan sebagai ringkas dan sekufu dengannya dari segi pemikiran serta latar belakang keluarga.

“Saya jenis yang ‘simple’. Tapi kalau tanya ciri lelaki idaman, saya nak yang sekufu dari segi cara fikir, gaya hidup dan daripada keluarga yang baik-baik.

“Saya suka lelaki yang lemah lembut, sopan dan romantik. Tapi kadang rasa macam lelaki macam tu muncul dalam novel saja,” ungkapnya.

Apabila ditanya sama ada Ezzrin memiliki ciri-ciri tersebut, Sharifah Rose menjelaskan mereka mempunyai matlamat hidup yang berbeza.

“Mungkin sebab dia fokus pada kejayaan dia, dan saya pun ada matlamat sendiri. Mungkin dari situ kami tak sehaluan, sebab masing-masing nak capai perkara berbeza,” ujarnya. – BH

More From Author

Caliph Buskers ‘terkedu’ ditawar RM800 untuk satu persembahan

Tuntutan 40%: penjelasan PM bercelaru, tak jawab isu