KUALA LUMPUR: Impian peminat untuk melihat gandingan Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim dan Luqman Hakim Shamsudin (AFL) bagi aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini tidak kesampaian.
Berdasarkan senarai pemain bagi perlawanan itu, Luqman tidak berada dalam skuad manakala Faisal pula diletakkan di bangku simpanan.
Situasi itu menyaskikan bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman akan bergandingan bersama Safawi Rasid sebagai penggempur utama Harimau Malaya.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan Peter Cklamovski turut menyenaraikan tiga pemain tengah Nooa Laine, Nazmi Faiz Mansor dan Stuart Wilkin dalam kesebelasan utama.
Pengendali dari Australia itu meletakkan lima pemain pertahanan termasuk kapten Matthew Davies, Dion Cools, Harith Haiqal Adam Afkar, Ubaidullah Shamsul Fazili dan La’Vere Corbin-Ong, manakala Ahmad Syihan Hazmi bertindak sebagai penjaga gol. – BH
