Tiga suspek rogol pelajar di Baling mungkin dibuang sekolah

ALOR SETAR: Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling yang ditahan kerana disyaki merogol seorang pelajar perempuan sekolah terbabit, bakal dikenakan tindakan termasuk buang sekolah.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berkata, siasatan dalaman dilakukan sejurus menerima laporan polis.

“Tumpuan ketika ini ialah memastikan kesejahteraan mangsa dan bantuan kaunseling diberi kepada mangsa.

“Kes masih dalam siasatan polis dan semua suspek sudah ditahan untuk siasatan.

“JPN Kedah memberi kerjasama penuh terhadap siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

JPN Kedah mengambil perhatian serius kes rogol dan penyebaran video membabitkan pelajar terbabit.

“Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di institusi pendidikan dan berusaha untuk menambah baik setiap aspek bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga pendidikan,” katanya. – BH

More From Author

Zara Qairina digelar sebagai Zara bermasalah

Kabinet buat keputusan kes berkaitan KPM termasuk rogol, bunuh, esok – PM