Remaja maut motosikal langgar lori rosak 

BATU PAHAT: Seorang remaja maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar lori rosak diparkir di lorong kecemasan di Kilometer 97.6, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian pada pukul 7.45 malam itu mengorbankan Mohamad Fauzan Mohd Zainodin, 19, yang beralamat di Kampung Tiram Duku, Gelang Patah.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju ke Yong Peng di sini melanggar lori rosak itu yang diletakkan di lorong kecemasan.

“Akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini sementara pemandu lori pula yang berusia 41 tahun tidak cedera.

Shahrulanuar berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- Majestic

More From Author

Kereta terbakar: Mayat ditemukan di dalam, luar Proton Saga

Aktivis GSF dari Itali peluk Islam ketika dalam tahanan