Rome: Juventus mengambil keputusan memecat pengendali pasukan Igor Tudor, susulan kekalahan 0-1 kepada Lazio yang sekali gus meneruskan rentetan prestasi hambar dengan hanya mengutip lima mata daripada lima perlawanan terakhir Serie A.
Pengendali pasukan simpanan, Massimiliano Brambilla akan menggalas tugas untuk perlawanan menentang Udinese, awal pagi Khamis ini.
“Juventus FC mengumumkan bahawa hari ini kami menamatkan perkhidmatan Igor Tudor sebagai ketua jurulatih pasukan utama lelaki bersama barisan kejurulatihannya yang terdiri daripada Ivan Javorcic, Tomislav Rogic dan Riccardo Ragnacci.
“”Kelab mengucapkan terima kasih atas profesionalisme dan dedikasi mereka sepanjang beberapa bulan lalu serta mendoakan kejayaan dalam karier masa depan,” kata kenyataan itu.
Juventus kini berada di tangga kelapan Serie A, enam mata di belakang pendahulu, Napoli.
Dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), kelab gergasi Turin itu turut bergelut apabila sekadar menduduki tangga ke-25 daripada 36 pasukan selepas mencatat satu seri dan dua kekalahan daripada tiga perlawanan pembukaan. – AFP
