Ribut petir, hujan lebat landa enam negeri 

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan seluruh negara sehingga pukul 3 petang ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kedah, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Antara kawasan terlibat di Kedah ialah Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala, Terengganu pula melibatkan Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman,” ujarnya.

Di Pahang, kawasan terjejas ialah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Bagi negeri Johor, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir ialah Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak pula, hujan lebat dijangka berlaku di Serian, Samarahan dan Sri Aman.

Sementara itu, di Sabah, amaran melibatkan daerah Tawau dan Sandakan termasuk Kinabatangan serta Sandakan. – KOSMO! ONLINE

More From Author

Israel bunuh 67 penduduk Gaza, serang kawasan bantuan dan zon selamat

Hadiri perhimpunan Bersatu: Mic diminta beri penjelasan