PRN Sabah: BN terbuka kerjasama dengan parti lain, bukan GRS – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) tetap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan keputusan itu bagaimanapun bukan membabitkan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita sebut bahawa BN-PH (Pakatan Harapan) ‘plus’ ‘plus’ ‘plus’. Artinya kita bersedia bersama dengan mana-mana pihak yang bersetuju dengan prinsip parti kita.

“GRS kita sudah muktamadkan kerana mereka yakin mereka menang banyak. Jadi mereka tidak memerlukan BN. Kita ucapkan selamat berjaya kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran IkonDesa di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Media sebelum ini melaporkan, Ahmad Zahid mengumumkan keputusan muktamad BN dan UMNO Sabah untuk tidak bekerjasama dengan GRS pada PRN17 Sabah.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN itu berkata, sebaliknya parti berkenaan memutuskan hanya akan bekerjasama dengan PH pada pilihan raya berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, keterbukaan BN untuk bekerjsama dengan parti lain itu adalah untuk mengelakkan pertindahan kawasan yang memiliki tahap kebolehmenangan tinggi. – BH

More From Author

Tan Sri, ahli politik antara individu culas bayar cukai jalan cecah RM35.7 juta

Ekitike mohon maaf kepada peminat Liverpool