KUALA LUMPUR: Kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza di acara festival muzik Pestapora 2025 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia baru-baru ini menjadi antara topik bualan netizen minggu ini.
Persembahan yang berlangsung selama satu jam itu disaksikan ribuan penonton yang rata-ratanya teruja melihat Siti menyertai acara muzik di sana.
Video-video persembahannya turut tular dalam media sosial termasuk ketika mendendangkan lagu Cindai, Aku Cinta Padamu dan Nirmala.
Menerusi ruangan komen dalam media sosial, rata-rata menyifatkan Siti sebagai ikon penyatuan Malaysia dan Indonesia.
“Kami sayang Siti, kalau ada konsert memang akan beli!
Peminat bahkan berharap Siti kembali mengadakan konsert di sana.