Majlis perasmian SIPMA 2025 meriah

JOHOR BAHRU: Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2025 di Stadium UTM Skudai malam tadi berlangsung meriah.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.  

SIPMA edisi ke-10 itu adalah  kesinambungan daripada sembilan edisi sejak diadakan pada 2005 yang menjadi platform penting bagi atlet berusia 23 tahun ke bawah menonjolkan bakat. 

Penganjuran SIPMA juga menjadi medan melahirkan bakat-bakat baharu yang berpotensi mewakili negara ke pentas lebih tinggi selain memperkukuhkan usaha melahirkan modal insan holistik menerusi jaringan pendidikan dan sukan. 

SIPMA edisi ke-10 membabitkan KPT dengan kerjasama Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berlangsung dari 1 hingga 7 September ini serta menghimpunkan 241 atlet dan 54 pegawai yang mewakili pelbagai institusi pendidikan dari seluruh negara, selain pegawai teknikal, pengadil serta sukarelawan yang terbabit dalam penganjuran. 

Ia melibatkan 10 jenis sukan dipertandingkan, iaitu renang, badminton, bola sepak, tenpin boling, olahraga, hoki, bola jaring, sepak takraw, memanah dan bola tampar serta menawarkan sebanyak 121 pingat emas.

Lapan majlis sukan utama terlibat, iaitu MASUM, Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA), Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP), Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM), Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (MSIPGM), Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Kolej Vokasional Malaysia (MASKOV) dan  Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM)
 – Majestic

More From Author

Kelar isteri: Guru tidak ingat, tak faham pertuduhan

Bekas laki bini ‘gila talak’ dicekup khalwat