PETALING JAYA: Polis sedang melengkapkan siasatan kes anak bekas Perdana Menteri yang ditahan dengan sejumlah dadah ditemui dalam kereta miliknya di Lebuhraya Sprint, Sabtu lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata siasatan masih berterusan untuk dilengkapkan bagi tindakan lanjut.
“Siasatan masih berterusan,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan lelaki berkenaan ditahan selepas dadah ditemui dalam kereta mewah miliknya di Lebuhraya Sprint sekitar Damansara, di sini.
Difahamkan, penahanan itu dibuat ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Dalam operasi terbabit, polis menemukan sejumlah heroin bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah. – BH
