MIC jangan ugut lagi, kalau nak keluar dipersilakan

JOHOR BAHRU: MIC diminta berhenti bermain politik ugutan!

Tegas Senator Datuk Abdul Halim Suleiman, jika benar parti yang mewakili kaum India dalam Barisan Nasional (BN) itu ingin ‘bercerai’, parti tersebut diminta segera membuat pendirian dan tidak lagi membuat ‘ugutan’ berulang kali.

Malah, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau menyifatkan MIC sebagai tidak sedar diri.

“MIC ni tak sedar diri! MIC masih bernafas dalam politik arus perdana hari ini sebab banyak dapat talian hayat daripada UMNO, termasuk kerusi majoriti Melayu yang dimenangi hasil kerja kuat jentera UMNO. Tanpa UMNO, MIC mungkin sudah lama pupus,’ katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor.

KENYATAAN:

  • Saya tengok sejak kebelakangan ni, MIC bukan main makin galak lagi berdrama. Setiap kali mesyuarat perwakilan, ada saja usul nak keluar Barisan Nasional (BN). 
  • Kononnya mereka dipinggirkan, kononnya UMNO terlalu mesra PH, kononnya BN tak adil.
  • Pendapat saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Tebrau, MIC ni tak sedar diri! MIC masih bernafas dalam politik arus perdana hari ini sebab banyak dapat talian hayat daripada UMNO, termasuk kerusi majoriti Melayu yang dimenangi hasil kerja kuat jentera UMNO. Tanpa UMNO, MIC mungkin sudah lama pupus.

MIC BERANI UGUT, TAPI BERANI BUAT KE? 

  • Kalau kita lihat pun, beberapa bahagian MIC dah luluskan usul ‘nak keluar BN’ atau nak kerjasama parti lain: 
  • MIC Kedah: usul kerjasama dengan PN.
  • MIC Pulau Pinang: sokong langkah keluar BN.
  • MIC Wilayah Persekutuan (KL): usul keluar BN disokong perwakilan.
  • Kalaulah rasa confident sangat, dengan segala hormatnya dipersila keluar je dan tak payahlah hari-hari ugut. Terus keluar BN. BN pun boleh fokus PRU16 tanpa drama dalaman.

PRESTASI MIC SEJAK 1990 TERUS MERUDUM 

Memang diakui MIC pernah ada pengaruh, tapi itu dululah. Sekarang ini kalau kita lihat data, angka tak menipu:

  • 1990: 6 kerusi Parlimen
  • 1995: 7 kerusi
  • 1999: 7 kerusi
  • 2004: 9 kerusi (kemuncak)
  • 2008: 3 kerusi
  • 2013: 4 kerusi
  • 2018: 2 kerusi
  • 2022: 1 kerusi sahaja!
    (Sumber: data keputusan pilihan raya Parlimen Malaysia)
  • Jadi amat terang lagi bersuluh, MIC hilang keyakinan pengundi India sejak 2008. Itu bukan salah UMNO — itu salah MIC yang gagal berubah.
  • Malah bukan seorang saja yang dah bengang dengan tindak tanduk MIC itu tapi ramai pimpinan UMNO dah tegur keras:
  • Puad Zarkashi (MKT UMNO): MIC jangan asyik ugut; kalau betul tak puas hati, kenapa tak keluar kerajaan masa dulu?
  • Mohamad Hasan (Timbalan Pengerusi BN): Ingatkan parti komponen jangan buat kenyataan yang rosakkan BN.
  • Ahmad Zahid Hamidi (Pengerusi BN): Tegaskan rakan BN jangan ugut keluar; bincang secara baik, bukan gertak.
  • Jadi mesejnya cukup jelas, UMNO tak akan layan politik ugut bermusim. BN perlukan rakan setia, bukan penumpang yang hanya tahu tekan kawan sendiri.
  • Kalau MIC nak jadi macam parti Gerakan yang keluar UMNO selepas PRU14 lalu sebab kononnya tak ada masa depan selepas BN tumbang, lihatlah apa jadi pada parti itu – hidup segan, mati tak mahu dan hanya duduk bawa ketiak Pas dan Bersatu saja dalam PN.

UMNO DAH LAMA JADI TALIAN HAYAT MIC 

  • Kalau kita semak track record PRU pun, calon-calon MIC yang menang di kerusi majoriti Melayu sebelum ini pun sebab jentera UMNO kerja keras. 
  • Dalam PRU15 pun, MIC tinggal 1 kerusi sahaja — UMNO tetap beri laluan dan sokongan. Kalau itu pun tak cukup, silakan keluar BN. Nak masuk PN atau parti lain? Silakan. Kita tengok boleh hidup sendiri atau terus pupus dalam politik Malaysia.
  • UMNO dan BN mahu mara ke PRU16 dengan rakan setia, bukan dengan parti yang asyik merajuk sebab tak dapat jawatan. 
  • Kalau MIC yakin hebat tanpa BN, pintu sentiasa terbuka. Jangan ugut, terus keluar sekarang. Rakyat pun nak tengok, MIC mampu berdiri sendiri atau sekadar tinggal sejarah.

YB SENATOR DATO’ ABDUL HALIM BIN SULEIMAN 
AHLI DEWAN NEGARA 
KETUA UMNO BAHAGIAN TEBRAU

More From Author

Suami tikam isteri di Kanchong Darat

Jus ‘kick’ RM250 sebotol