JPJ buka bidaan nombor pendaftaran istimewa SIS

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) dengan tanda indeks ‘SIS’ yang membawa maksud Sultan Idris Shah sempena meraikan Sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda sebagai Sultan Selangor.

JPJ dalam kenyataannya berkata, NPI tersebut telah mendapat perkenan baginda.

Katanya, NPI SIS akan dibuka mulai Jumaat, 15 Ogos ini sehingga jam 10 malam Selasa, 19 Ogos 2025.
Keputusan bidaan akan diketahui pada Rabu, 20 Ogos 2025.

“Kaedah penawaran secara bidaan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang ditetapkan melalui Sistem JPJeBid.

“Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan rasmi bidaan dikeluarkan,” kata JPJ dalam satu kenyataan hari ini. -MalaysiaGazette

More From Author

Tak sempat balik Muar, abang maut, adik parah langgar pokok tumbang

Pengarah syarikat didakwa perdaya 4 individu lebih RM150,000