Bendera terbalik: Dapsy jangan cuba normalisasikan penghinaan Jalur Gemilang – Naib Ketua Pemuda UMNO

Berikut ada kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd. Hairi Mad Shah;

  1. Jalur Gemilang bukan sekadar kain berwarna, tetapi lambang kedaulatan, maruah, dan identiti negara bangsa Malaysia. Menghina bendera negara adalah perbuatan biadap yang menyentuh soal prinsip asas negara. Ia wajib dipandang serius dan tidak boleh dibiarkan menjadi budaya.
  2. Kenyataan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang cuba memperkecil isu penghinaan bendera di sebuah klinik gigi di Pontian adalah amat dikesali.
  3. Sikap mereka seolah-olah mahu menormalisasikan perbuatan yang jelas menghina simbol negara, sekali gus memperlekeh semangat patriotisme rakyat. Pemuda UMNO menolak sekeras-kerasnya sikap sambil lewa ini.
  4. Tindakan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) adalah tepat, sah di sisi undang-undang kecil (by-law) dan mengikut enakmen yang memperuntukkan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan menjaga ketenteraman awam, sensitiviti rakyat, serta imej persekitaran.
  5. Tiada mana-mana pihak boleh mempertikai bidang kuasa yang termaktub dengan jelas dalam kerangka perundangan.
  6. ⁠Pemuda UMNO berpendirian bahawa isu penghinaan Jalur Gemilang bukan isu remeh atau “teknikal”, tetapi isu dasar yang menyentuh kesetiaan kepada negara.
  7. Apa sahaja tindakan yang merendahkan martabat bendera negara perlu ditangani melalui dasar penguatkuasaan yang jelas, tindakan undang-undang yang tegas, dan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada semua.
  8. ⁠Justeru, Pemuda UMNO mengingatkan DAPSY agar berhenti bermain politik murahan dalam hal yang melibatkan kedaulatan negara.
  9. ⁠Kami akan terus mendesak pihak berkuasa, termasuk PBT dan agensi penguatkuasaan lain, mengambil langkah tanpa kompromi. Setiap inci Jalur Gemilang adalah maruah negara, sesiapa yang menghina, wajib berdepan tindakan undang-undang tanpa tolak ansur.

YB MOHD HAIRI BIN MAD SHAH
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor

More From Author

Izzul teruja kembali ke sekolah, tetapi masih trauma – Ibu

Anwar ajak rakyat sertai Himpunan Solidariti Palestin di Dataran Merdeka Ahad ini