Helikopter terhempas ketika latihan, lima kru selamat

ISKANDAR PUTERI: Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan terhempas ke dalam Sungai Pulai semasa menyertai Latih Amal Pelbagai Hala Sekuriti Nuklear Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura 2025 (MITSATOM 2025), hari ini.

Walau bagaimanapun, lima kru terdiri daripada pegawai dan anggota polis yang menaiki helikopter tersebut terselamat.

Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jalan Cabang, Pekajang, Gelang Patah, dekat sini pada pukul 10.15 pagi tadi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kejadian itu melibatkan sebuah helikopter jenis AS355N, nombor pendaftaran 9M-PHG.

Helikopter tersebut berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada pukul 9.51 pagi.

Lima mangsa yang  berada dalam helikopter itu diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah  (HSA) di Johor Bahru untuk pemeriksaan dan
rawatan lanjut.

Latihan MITSATOM 2025 merupakan kerjasama pelbagai negara bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan koordinasi keselamatan maritim serantau. – Majestic

More From Author

Pasangan kekasih didakwa bunuh penuntut universiti Cyberjaya

Tun M berterima kasih atas ucapan selamat hari lahir ke-100