AS serang Iran, gugurkan bom di tiga kemudahan nuklear Teheran

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan tentera negara ini melancarkan serangan udara terhadap tiga tapak nuklear Iran, termasuk di loji Fordow.

Tindakan itu secara tidak langsung menunjukkan AS sudah pun menyertai kempen perang Israel di Iran.

“Kami sudah berjaya melancarkan serangan udara di tiga pusat kemudahan nuklear Iran termasuk di Fordow, Natanz dan Isfahan.

“Bom dalam kapasiti penuh digugurkan di Fordow dan pesawat perang kami juga sudah selamat keluar dari ruang udara Iran,” kata Trump dalam Truth Social. – Agensi

More From Author

Tular cabut kunci motosikal pelajar, polis sahkan anggota sedang bertugas

Nenek pandu Proton X50 di lorong motosikal