Orang ramai berpeluang menyaksikan pameran mumia Mesir menerusi penganjuran Egyptian Mummies: Journey Towards Immortality yang bakal dibawa ke Kuching, Sarawak oleh Jabatan Muzium Sarawak.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pameran bergerak antarabangsa itu akan menampilkan 110 objek daripada koleksi Muzium Arkeologi Negara Florence, Itali.
Beliau berkata, antara tarikan utama pameran berkenaan ialah jasad manusia sebenar yang berusia lebih 5,000 tahun.
Menurutnya, pameran itu juga menjadi pameran bergerak antarabangsa pertama yang berfokus pada Mesir Purba untuk diadakan di Malaysia.
Perkara itu dinyatakan dalam ucapan penggulungan beliau bagi kementerian berkenaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
