7 didakwa bunuh penganggur

PONTIAN: Tujuh lelaki berusia antara 18 hingga 28 tahun didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang penganggur di Pekan Nanas, 21 Mei lalu.

Tertuduh ialah L. Puvaman, 22, Jovan Lee Jun Yang, 19, To Zheng Kang, 22, Chan Jia Yi, 19, Lee Ming Chen, 20, Lee Long Teck, Pang Jun Jie, 28 didakwa bersama-sama lima yang masih bebas menyebabkan kematian R. Arun Kumar, 22, di hadapan kedai makan He Yuan, Jalan Utama 3, Taman Utama, Pekan Nanas, jam 2.45 pagi, 21 Mei lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 9 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.- MAJESTIC

More From Author

Senarai calon tular palsu – Onn Hafiz

Senarai 15 calon MCA palsu – Tian Soon