Pemandu mabuk langgar penunggang motosikal direman sehingga Khamis

Lelaki yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang pada Ahad direman empat hari.

Perintah tahanan reman sehingga Khamis terhadap suspek berumur 20-an itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat selepas suspek dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Klang, hari ini. – Astro Awani

More From Author

Nelayan dikhuatiri lemas di Tanjung Leman

Pegawai LPP didakwa pecah amanah ebih RM141,000