Warga emas tercampak maut dilanggar treler

JOHOR BAHRU : Seorang warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 13.9, Lebuhraya Pasir Gudang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian tersebut melibatkan lelaki berusia 73 tahun dan sebuah treler dipandu lelaki tempatan berusia 33 tahun.

“Kejadian tersebut berlaku ketika warga emas tersebut dalam perjalanan dari arah Tebrau menghala ke Seri Alam. Setibanya di lokasi kejadian mangsa dari susur kiri telah membelok ke kanan secara tiba-tiba.

“Pemandu treler yang sedang bergerak lurus tidak sempat mengelak, lalu melanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan tersebut mangsa tercampak atas jalan dan mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya meminta saksi kejadian untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan kejadian kepada pihak polis 07-3864222 bagi membantu siasatan.- MAJESTIC

More From Author

Menu Kelantan jadi pilihan berbuka puasa

Pemandu lori lalok ditahan