Jurulatih bola sepak ditahan, disyaki liwat remaja

KOTA TINGGI: Seorang jurulatih bola sepak ditahan kerana disyaki mencabul dan meliwat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Kampung Gembut, Tanjung Sedeli di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi suspek berusia 50-an menahan mangsa di kampung itu pada Jumaat lalu.

“Mangsa merupakan jiran mangsa dan laporan polis dibuat mangsa sendiri. Polis menerima laporan polis berkenaan kejadian itu di Kampung Gembut.

“Kejadian adalah pertama kali. Kejadian pada 8 Januari lalu dan berlaku di pondok belakang rumah suspek.

“Bertindak atas maklumat dan laporan polis yang diterima, pada hari yang sama pihak polis berjaya menahan suspek untuk membantu siasatan. Suspek merupakan seorang jurulatih bola sepak bertauliah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, suspek itu ditahan reman selama empat hari yang berakhir hari ini.

Pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pendakwa raya untuk mendapatkan arahan pertuduhan.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

“Suspek boleh dikenakan tindakan penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat bagi kesalahan tersebut,” tambahnya.- Majestic

More From Author

Lelaki warga China ditahan kibar Jalur Gemilang terbalik

Pemandu treler didakwa memandu melulu, sebabkan kematian penunggang motosikal