Fattah mohon doa buat isteri – Peminat cemas lihat foto katil hospital

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fattah Amin, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat apabila memuat naik hantaran di Instagram Story (IGs) memaparkan sebuah katil hospital berona hitam putih, sambil memohon orang ramai mendoakan keadaan isterinya, Amira Othman.

Fattah bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai situasi penyanyi lagu Rasa & Takdir itu, sekali gus mengundang pelbagai tanda tanya.

“Doakan isteri syurga saya,” tulis bintang Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu ringkas, disertakan emoji tangan berdoa.

Tinjauan di akaun Instagram Amira pula mendapati pasangan berkenaan sempat menghadiri sebuah acara bersama sebelum penyanyi itu berkongsi gambar tangannya yang sedang di-drip, lengkap dengan kapsyen: “Esok kena fly. Semoga sempat sihat, Nadia Amira,” tulisnya.

Hantaran itu nyata mengundang pelbagai reaksi, apabila peminat membanjiri ruangan komen dengan doa agar Amira dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Fattah dan Amira melangsungkan perkahwinan pada 14 September lalu dalam sebuah majlis meriah di Golden Palm Tree Resort, Sepang. – BH

More From Author

Sampai najis pun murid buang dalam beg kawan

Pengendali Nigeria dakwa DR Congo guna ‘voodoo’