Dua lelaki disyaki culik kanak-kanak ditahan

SARIKEI: Polis mengesahkan penahanan dua lelaki oleh penduduk sebuah rumah panjang di sini selepas disyaki menculik kanak-kanak bagi tujuan penjualan organ semalam.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Aswandy Anis berkata, kedua-dua lelaki itu diserahkan kepada pihaknya sebelum dihantar ke Hospital Sarikei kerana mengalami kecederaan.

Katanya, pihak polis mengesan hantaran di Facebook pada pukul 11 malam semalam berhubung tangkapan oleh penduduk ke atas dua lelaki tersebut.

Berdasarkan rakaman video tular itu, mereka dikatakan menculik kanak-kanak di rumah panjang tersebut selain terdapat dakwaan terlibat dalam sindiket penjualan organ kanak-kanak.

Bagaimanapun, Aswandy menegaskan, setakat ini tiada penemuan mayat kanak-kanak yang dipenggal kepala seperti yang tular dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut. – KOSMO! ONLINE

More From Author

Wanita Bangladesh didakwa potong ‘anu’ kekasih kerana cemburu

Pemandu lori didenda RM30,000, mengaku seleweng diesel subsidi