Usia dah 8 tahun namun masih belum bersekolah

KLUANG- Usianya sudah menjangkau lapan tahun namun masih belum bersekolah hanya kerana tidak mempunyai Surat Daftar Kelahiran atau Kad Pengenalan.

Itulah nasib seorang kanak-kanak selepas ditinggalkan oleh ibu kandungnya kepada seorang wanita sebaik dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kluang kira-kira lapan tahun lalu.

Siti Norhidayu Hamim,29, berkata, kanan-kanak lelaki yang diberikan nama Muhammad Noor Hanif diserahkan kepadanya selepas tiga hari dilahirkan pada 4 April 2017 oleh ibunya, Jaryatun berusia sekitar 30an ketika itu.

Katanya, ketika diserahkan hanya surat pengesahan kelahiran serta buku rekod kesihatan bayi dan kamal-kanak.disertakan dan wanita itu berjanji untuk datang semula menemuinya tanpa memberikan apa-apa sebabnya.

“Atas dasar rasa simpati, saya menerima bayi itu dan menjaga dengan sebaiknya namun selepas lebih sebulan wanita berkenaan tidak ada menghubungi semula malah gagal untuk dihubungi dipercayai sudah menukar nombor telefonnya.

“Kini bayi berkenaan sudah berusia lapan tahun dan perlu bersekolah untuk masa harapans namun gagal kerana ketiadaan dokumen diri samada Surat Daftar Kelahiran ataupun Kad Pengenalan,”katanya kepada Utusan Malaysia/Kosmo hari ini.

Menurut Siti Norhidayu lagi, apa yang penting adalah usaha untuk menghantar ke sekolah bagi membolehkan kanak-kanak dibawah jagaannya itu mendapat pendidikan sempurna dan seterusnya berada dibawah jagaannya secara sah.

Ujarnya, untuk pendidikan awal kanak- kanak ini, mereka hanya memberikan pembelajaran sendiri di rumah walaupun menyedari ia tidak cukup dan tidak selari dengan pendidikan asas negara.

“Untuk itu, saya mengharapkan dapat menemui ibu kandung kepada kanak-kanak ini untuk menyelesaikan urusan pengangkatan secara sah di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mereka yang mengenali Jaryatun atau dirinya sendiri diharap dapat menghubungi saya di talian 014‑387 2426 untuk mengatur janji untuk urusan selanjutnya dengan JKM,”katanya.

More From Author

DUN Sabah dibubarkan – HAJIJI

Ibu tunggal bersyukur, bantuan ringankan beban perbelanjaan dapur