KUALA LUMPUR: Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi antara tiga calon utama bagi Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sekali gus menjadi pemain bola sepak Malaysia pertama dicalonkan bagi anugerah itu.
AFC dalam kenyataan memaklumkan pemain sayap kebangsaan itu bersaing hebat dengan dua nama besar di benua ini iaitu pemenang Kasut Emas pada kempen Piala Asia 2023, Akram Afif dari Qatar dan penyerang Al-Hilal, Salem Al-Dawsari dari Arab Saudi. – Astro Awani
