HAWAII: Gunung berapi Kilauea di Hawaii terus meletus hari ini, memperlihatkan langit malam diterangi aliran lava berwarna jingga yang mengalir dari gunung berapi aktif terbabit.
Menurut rakaman video dikeluarkan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kilauea adalah antara gunung berapi paling aktif di dunia, dan letusan kali ini adalah yang ke-32 sejak Disember lalu.
Gunung berapi ini terletak di Pulau Hawaii iaitu pulau terbesar dalam gugusan Kepulauan Hawaii – kira-kira 320 kilometer di selatan bandar terbesar negeri itu, Honolulu. – REUTERS
