SEPANG: Seorang lelaki serta kekasihnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, masing-masing atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang penuntut sebuah universiti swasta di Cyberjaya pada akhir bulan lalu.
Tertuduh pertama, Sri Darvien Mathavan, 19, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas pertuduhan membunuh Maniishapriet Kaur Akhara di Blok A, Mutiara Villa, Persiaran Multimedia di Sepang antara jam 9.11 hingga 11.31 malam 23 Jun lalu.
Dia mengakui memahami pertuduhan namun tiada pengakuan direkodkan apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Tertuduh kedua yang juga teman wanitanya, Thineswary Devendran, 19, didakwa bersubahat dengan lelaki itu untuk membunuh Maniishapriet.
Wanita itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dia juga mengakui memahami pertuduhan dikenakan terhadapnya, namun tiada pengakuan direkodkan. – BH