Remaja kantoi rakam video dalam tandas wanita

KLUANG: Polis menahan seorang pemandu kereta api kanak-kanak di sebuah pasar raya di sini kerana merakam video dalam tandas wanita Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, suspek yang berusia 18 tahun diberkas pada pukul 9.20 malam pada hari yang sama.

“Tindakan pantas polis berjaya suspek yang merakamkan video dalam tandas wanita. Dia merakamkan video dalam tandas wanita di pasar raya berkenaan.

“Semakan rekod jenayah terhadap suspek mendapati tiada rekod jenayah kesalahan lampau. Ujian saringan air kencing mendapatinya negatif daripada sebarang penyalahangunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 509 dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Bahrin memberitahu, pertuduhan sudah dibuat bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret di sini hari ini dan suspek mengaku salah.- MAJESTIC

More From Author

Pegawai LPP didakwa pecah amanah ebih RM141,000

Pelajar UPSI juarai pertandingan gitar antarabangsa di Bangkok