Sindiket dadah beroperasi di hotel, rampasan RM1.08 juta

JOHOR BAHRU: Dua ahli sindiket yang aktif memproses dan mengedar ditahan dengan polis turut merampas bahan terlarang brrnilai RM1.08 juta selepas menyerbu sebuah hotel di Danga Bay, di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, sindiket berkenaan menjadikan hotel bajet sebagai transit dan ‘mini lab’ sebelum berjaya dihidu pihak berkuasa.

“Menerusi serbuan tersebut dua suspek berusia 35 dan 37 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi. Polis telah merampas dadah jenis methampetamine seberat 2.25 gram; ketamin (100 gram) dan pil yaba seberat 80 gram.

“Susulan itu, kita menyerbu sebuah lagi bilik di hotel sama dan menemui dadah jenis ekstasi seberat 7.7884 kilogram serta peralatan memproses dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan d sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah kereta Honda Civic bernilai RM80,000, keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM1.08 juta.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek sering berpindah randah di hotel-hotel bajet bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Sindiket itu ujarnya yang telah beroperasi sejak dua bulan lalu, membeli dadah dalam kuantiti besar sebelum dibungkus semula dan dijual pada harga RM250 sepeket.

Kesemua dadah yang dirampas boleh menampung seramai 80,184 penagih, katanya.

Ujarnya lagi, pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah selain ujian air kencingnya positif dadah jenis methampetamine.

Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.- Majestic

More From Author

JDT belasah PDRM 10-1

Nelayan Kampung Pok, Tanjung Adang Serah Memorandum Kekalkan Jeti Sedia Ada