Foto: Ihsan Bomba
BATU PAHAT: Seorang lelaki pengsan tersepit di celah jentolak mini semasa mengalihkan jentera itu ke sebuah lori.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang semalam di Taman Koperasi Bahagia.
Pihak bomba dan penyelamat memberi bantuan awal sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak perubatan untuk rawatan lanjut. – Majestic
