Kebakaran merebak, 12.1 hektar terjejas

KOTA TINGGI: Kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai yang berlaku sejak kelmarin kini menjejaskan lebih 12 hektar.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Kanan I Muhamad Sabri Ramli berkata, keadaan tersebut disebabkan cuaca kering dan berangin.

Jelasnya, angin tersebut telah membawa asap tebal ke kawasan perumahan penduduk di Taman Bayu Damai.

“Seramai 13 anggota BBP Punggai dibantu tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan operasi pemadaman tersebut.

“Sehingga kini keluasan yang berjaya dipadamkan melibatkan lima ekar tanah iaitu 20 peratus daripada kawasan terlibat.

“Unit dron dari Zon 2 juga telah membuat penilaian tahap kemerebakan dan sumber air serta laluan masuk untuk pemadaman.

“Pasukan keluaran operasi (PKO) telah bertindak membuat pemadaman di sektor B menggunakan 1 aliran hose 500 kaki ,1 breaching 2 pancutan Nozzel Pam jentera dan sumber air dari pili bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiupan angin dari arah utara kekal dan menyebabkan ada nyalaan baharu di beberapa kawasan dan angin kuat yang menyebabkan asap berada di kawasan perumahan,” katanya.

Katanya, bagi tindakan di sektor A pula, pemadaman tidak dapat dijalankan disebabkan punca air jauh dimana sumber air terbuka parit cetek.

Tambahnya kesemua anggota tertumpu pada sektor B berikutan angin yang agak kuat serta kemerebakan ke sektor B.- Majestic

More From Author

Sungai Johor tercemar lagi, air bertukar warna hitam

Teknik pengeboman air diguna padam kebakaran tanah gambut