Jaringan Kuching City buatJDT tersentak

ISKANDAR PUTERI: Walaupun berjaya menjinakkan Kuching City FC 2-1 namun jaringan pelawat membuat Lskuad Johor Darul Ta’zim (JDT) tersentak sebentar tadi.

Namun, JDT tetap mempunyai standard tersendiri apabila mampu menyerap tekanan walaupun skuad Harimau Selatan bermain dengan 10 pemain di Stadium Sultan Ibrahim di sini.

Memulakan babak awal dan tidak menunggu lama untuk menggegarkan jaring The Cats apabila penyerang import, Bergson Da Silva menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-15.

Bagaimanapun, jaringan itu dibatalkan pengadil kerana Bergson didapati telah mengasari pertahanan pelawat sebelum merembat ke gawang.

Tercabar dengan percubaan itu, The Cats mula bangkit mengatur asakan ke gawang tuan rumah dalam usaha memburu jaringan pembukaan.

Asakan demi asakan itu akhirnya menyaksikan pelawat mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan pemain import, Scott Woods pada minit ke-40.

Penghujung babak pertama menyaksikan tiada jaringan tambahan dihasilkan oleh kedua-dua pasukan, sekali gus menyaksikan kedudukan kekal sehingga menuju ke bilik persalinan.

Babak kedua menyaksikan JDT beraksi dengan 10 pemain selepas kapten, Natxo Insa dilayangkan kad merah pada minit ke-55 dan diperintahkan keluar padang selepas mengasari pemain The Cats.

Kesempatan itu bagaimanapun gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelawat apabila jentera serangan skuad Harimau Selatan terus mengasak dan membuahkan hasil menerusi jaringan penyamaan oleh Nacio Méndez pada minit ke-58.

Tuan rumah terus mengasak pintu gol pelawat dalam usaha menambah jaringan dan pada minit ke-64, Bergson meledak gol kedua JDT.

Biarpun mendahului perlawanan dan beraksi dengan kekurangan seorang pemain, skuad Harimau Selatan kekal bersemangat untuk mengasak gawang pelawat dalam usaha menambah jaringan.

Namun, tiada jaringan tambahan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dan kedudukan 2-1 kekal hingga wisel penamat.- Majestic

More From Author

Nelayan Kampung Pok, Tanjung Adang Serah Memorandum Kekalkan Jeti Sedia Ada

Doktor ditahan disyaki bunuh anak, isteri