Mahu jadikan kebun durian sebagai Agro Pelancongan

KLUANG: Usaha gigih seorang petani yang mengusahakan tanah kıra-kira enam ekar tanpa mengenal penat di Kampung Keluarga Bahagia di Simpang Renggam di sini seterusnya mahu dijadikan sebagai tempat tarikan pengunjung perlu dijadikan contoh kepada orang ramai.

Pelbagai rintangan yang dihadapi sejak empat tahun lalu dihadapi dengan tabah termasuk penggantian pokok tanaman dirosakkan binatang liar walaupun memerlukan kos agak tinggi kini akhirnya bakal memgeluarkan hasil pertamanya pertengahan tahun depan.

Shamsul Khan Ahmad Khan, 59, berkata, kebun durian yang diberikan nama ‘Golden Durian Valey’ itu mempunyai kira-kira 120 pokok durian seperti Musang King, IOI dan Duri Hitam.

Bagi merealisasikan sebagai agro pelancongan, pihaknya turut menyediakan dua buah ‘pondok’ sebagai tempat penginapan bagi memberikan pengalaman orang ramai untuk merasai berada dalam kebun durian.

“Bagaimanapun, saya masih belum memikirkan kaedah yang sesuai bagi menarik kedatangan orang ramai ke kebun durian ini terutama mereka yang menginap semalaman di pondok disediakan itu.

“Namun yakin ada keistimewaan akan diberikan kepada mereka yang datang menginap di sini terutama ketika musim buahnya mula luruh nanti,” katanya yang juga Pengerusi Kelab Classic Legend selepas menerima kunjungan Komuniti Mercedes Benz Negeri Sembilan diketui Presidennya, Wan Su Wan Hassan.

Menurutnya, kunjungan daripada pemilik Kereta-kereta kelasik Mercedes Benz dari tahun 1970 itu adalah sebagai salah satu usaha pihaknya untuk memperkenalkan Golden Durian Valey kepada orang ramai walaupun tanaman yang diusahakan masih belum mengeluarkan hasil.

“Saya juga sudah berurusan dengan Tourism Johor serta Tourism Malaysia sebagai usaha menjadikan kebun durian ini menjadi salah satu tempt tarikan pelancong khususnya dari luar daerah dan negeri Johor sempena Tahun Melawat Johor 2026.

“Untuk tujuan itu, kıra-kira 15 buah pondok tambahan akan dibina dalam masa terdekat bagi membolehkan lebih ramai pengunjung dapat menunggu durian ‘jatuh’ apabila bermalam di sini nanti,” katanya. – Majestic

More From Author

UEC BERTENTANGAN DENGAN AKTA 550 DAN TIDAK SELARI DENGAN DASAR PENDIDIKAN NASIONAL

Sewa hanya RM140, tertunggak lebih RM10,000