Putus kerjasama politik: Akmal cabar DAP hantar surat rasmi

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda
UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Melaka supaya meminta DAP menghantar surat rasmi kepada UMNO Malaysia untuk memutuskan kerjasama politik.

“Saya pun mahu tunggu sama ada berani atau tidak. Kalau setakat sembang kencing kuat ni, hancing jer dapat,” balas Akmal yang merujuk terhadap gesaan yang dibuat oleh DAPSY Melaka.

Beliau membuat kenyataan itu selepas Ketua DAPSY Melaka, Cassel Krishnan menolak politik kebencian yang didakwa dimainkan Akmal.

Menurut beliau, isu Jalur Gemilang tidak wajar dijadikan modal politik murahan kerana ia hanya menyemai kebencian dalam masyarakat.

“Kesilapan kecil rakyat tidak boleh dijadikan alasan untuk menakut-nakutkan mereka daripada mengibarkan…

Secara sinis, Akmal berkata: “Kalau kamu takut saya tag bos kamu kat sini harap dia baca”.

Hantaran itu turut ditanda kepada Setiausaha DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Sebelum ini DAPSY Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Selangor juga menggesa kepimpinan DAP memutuskan sebarang bentuk hubungan politik dan tidak bekerjasama dengan Akmal. – MG

More From Author

Budak tiga tahun maut jatuh tingkat enam pangsapuri

Gegaran gempa bumi lemah dikesan di Segamat