Polis buka kertas siasatan kes dua pelajar perempuan bergaduh di sekolah

GOMBAK: Polis membuka kertas siasatan berhubung pergaduhan membabitkan dua pelajar perempuan Tingkatan Lima di sebuah sekolah menengah di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan insiden itu.

“Siasatan awal mendapati insiden tersebut berpunca daripada provokasi apabila salah seorang pelajar menuduh rakannya menyebarkan cerita tidak benar.

“Pergaduhan berkenaan hanya melibatkan dua individu dan tidak melibatkan pelajar lain,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Noor Ariffin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar.

“Setakat ini, tiada tangkapan dibuat, siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya. – SINAR HARIAN

More From Author

Pengurusan kes titah adendum Najib disebut di Mahkamah Tinggi esok

Indonesia catat pengangguran tertinggi di ASEAN