Penjara Kluang cari waris Vinod Kumar

JOHOR BAHRU: Penjara Kluang mencari waris seorang tahanan yang ditempatkan di sini bagi membolehkan pengurusan mayat dilakukan segera.

Penjara Kluang dalam satu kenyataannya memaklumkan, tahanan tetsebut, R. Vinod Kumar dimasukkan ke penjara pada 7 Mac lalu, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 8.43 pagi 21 Ogos lalu.

Mayatnya kini ditempatkan di Unit Perubatan Forensik Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang

Pihak penjara telah melakukan pencarian ke alamat terakhir tahanan tersebut di No. 52, Tang Lian Garden, Segamat, namun gagal menemukan warisnya.

Semakan alamat terakhir waris di kediaman No. 6, Jalan Putra 1/48, Bandar Putra Segamat juga bukan milik waris banduan tersebut.

Justeru, orang ramai yang mengetahui atau mengenali tahanan berkenaan dan ada sebarang maklumat atau dapatan berkaitan warisnya boleh menghubungi Penjara Kluang menerusi talian 07-7875200. –Majestic

More From Author

Johor lancar kempen antibuli serentak di 1,196 sekolah

Pergerakan kerak benua punca berlaku gempa bumi di Segamat