Jet pejuang TUDM terlibat kemalangan di Kuantan

PETALING JAYA: Sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dalam kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang malam ini.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.05 malam dan tindakan segera sedang diambil bagi menangani situasi berkenaan.

“(TUDM) memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut.

“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

More From Author

KPM mahu pasang CCTV demi perkukuh keselamatan di institusi pendidikannya – Fadhlina

DAPSY gesa arahan penutupan 30 hari klinik kibar Jalur Gemilang terbalik ditarik balik