Dr Akmal tidak pernah berniat menghasut, berpegang pada prinsip pertahankan kedaulatan negara – Mohd Hairi

Berikut adalah kenyataan penuh Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd. Hairi Mad Shah;

  1. Selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya amat kesal dan memandang serius pendakwaan terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Dr Akmal Saleh.
  2. ⁠Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan asas demokrasi negara. Namun, ia mesti diamalkan dengan penuh tanggungjawab berlandaskan prinsip Rukun Negara, khususnya Kesopanan dan Kesusilaan serta Kedaulatan Undang-Undang. Saya sentiasa percaya bahawa dalam ketegasannya, YB Dr Akmal tidak pernah berniat menghasut, sebaliknya ikhlas berpegang pada prinsip mempertahankan kedaulatan negara.
  3. ⁠Pemuda UMNO menegaskan sebarang tindakan undang-undang mesti dilaksanakan secara adil, telus, dan bebas daripada tekanan politik. Keadilan yang berat sebelah hanya mencetus persepsi bahawa suara anak muda sedang disekat oleh sang penguasa.
  4. ⁠Justeru, kami menyeru agar proses perundangan berjalan tanpa campur tangan. Biarlah mahkamah yang menentukan keadilan bukan tekanan politik atau persepsi jalanan.
  5. ⁠Pemuda UMNO terus berdiri teguh bersama YB Datuk Dr Akmal dan yakin beliau akan melalui proses ini dengan tabah, berpegang kepada prinsip keadilan serta etika Rukun Negara.

YB MOHD HAIRI BIN MAD SHAH
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

More From Author

Johor lancar kempen anti buli 

Anak lembu hilang, rupanya dibaham ular sawa batik 100kg